Posted on

Kerja Kahwin

View: 56 views

Berkisarkan tentang gadis kota, Farah yang bakal menamatkan zaman bujangnya. Farah memilih untuk berkahwin secara tradisional di kampung. Beliau membuat keputusan itu bagi memenuhi permintaan Mak Tok yang mahu majlis perkahwinan dibuat mengikutadat budaya tradisi Melayu dan bukannya di hotel mewah. Bagaimanapun, mengadakan perkahwinan di kampung bukanlah tugas mudah kerana dia memerlukan bantuan daripada pelbagai orang. Bermula dengan persiapan sehingga hari majlis perkahwinan pelbagai kejadian dan ragam dapat dilihat termasuk gelagat pengantin, mak andam, bunga telur, joget lambak serta persiapan menyediakan hidangan.